Projek IC 1980-an Projek_IC

Kerajaan Berjaya pimpinan Ketua Menteri Sabah, Datuk Harris Salleh turut menganugerahkan kepada warga asing. Ekoran Rusuhan Sabah 1986 di Kota Kinabalu, keperluan kepada warga asing semakin jelas.Pada 1990, Berjaya dan USNO memutuskan untuk membubarkan parti mereka dan membawa masuk UMNO ke Sabah.UMNO bergantung kepada pengundi Islam keturunan Bajau, Suluk dan Bugis dll.[2]

Pada tahun 2007, bekas ketua daerah Sandakan, Hassnar Ebrahim telah mengaku terlibat dalam Projek IC. Beliau adalah bekas seorang tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada tahun 1998. Beliau turut menjadi saksi dalam petisyen bagi pembatalan Pilihan raya kecil Sabah 1999 kawasan Likas.Hassnar mendedahkan butir-butir khusus modus operandi Projek IC.Beliau menyebut mesyuarat rahsia antara bekas Ketua Menteri Sabah, Harris Salleh dan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Megat Junid Megat Ayob di Hong Kong . Hassnar mendakwa bahawa 130,000 pendatang tanpa izin diberikan kad pengenalan pada tahun 1985 sahaja. Beliau juga mendakwa bahawa matlamat operasi adalah untuk meningkatkan penduduk Islam Sabah. [3] Ia turut disebut sebagai 'Operasi Gembeling' - mensasarkan Melayu yang berasal dari Bugis kerana berbahasa dan berbudaya mirip Melayu.